Isnin, 7 Februari 2011

SLAD

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.

Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.

Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.

Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan